twitter home tumblr follow

obsession

Assalamualaikum,









"-Woohyun"




selalunya orang obsess pasal shopping lah gadget lah tapi Woohyun obsess pasal tidur sama sama ngan Sunggyu eh -_- so aku nak cerita pasal obsess ni, kalau orang sebut "obsess" mesti benda pertama yang keluar kat otak "kpop" sebab kenapa tak keluar artis luar negara lain? sebab kpop dah common, orang yang tak tahu kpop pun dah tahu dah ramai orang dah obsess dengan korean punya penyanyi lah etc and maybe sebab kpop ni maksudnya banyak. grup, solo singer lah etc etc sebab tulah orang kata obsess lagi lagi bila melibatkan "pembaziran duit" eh jap apabenda yang aku taip ni huh dah macam lingke dah -_-


so dah tahu cerita pasal Haeming tu eh betul ke nama dia mianeh well aku bukannya exotic tapi benda ni dah kecoh peh katanya dia ni dah gila sangat kat Luhan sampai nak stalk lah apa lah aku harap masa diorang datang Malaysia, tak ada malaysian kpoppers macam tu kan..kalau ada yang macam tu gerenti nama negara kitaorang tercemar lagi lagi lagi selepas incident kat shout award tu


tapi sebenarnya tu bukan yang aku nak tegaskan, aku just nak bagitahu, jangan lah obsess sangat. kalau nak beli album tu perkara common kan, tapi jangan lah sampai letak poster banyak banyak kat bilik. tak baik tau. kawan aku, dia letak macam macam kat bilik dia, poster tampal kat dinding, pastu dia ada album Midnight Sun, album tu kan ada mask pastu bawah mask tu ada tanda salib lah apebenda kan? dia tak cabut tau..masa tu aku pergi rumah dia, aku masuk lah dalam bilik dia..adik aku perasan something kat bilik dia. bilik dia ada benda..korang tahu lah kan benda tu apa


tahun lepas aku memang gila, suruh kawan aku print gambar kpop artis banyak banyak pastu aku simpan. beli merchandise banyak banyak macam keychain lah sticker lah last last tak guna, simpan. dulu aku banyak beli album Suju sebab dulu aku ELF, peh kau tak tahu betapa menyesal nya aku T.T so apa aku buat kat barang tu semua? gambar semua aku buang. lagi pun tak baik simpan gambar orang banyak banyak kat rumah. malaikat tak masuk. merchandise ada yang aku buang, ada yang aku bagi kat orang, album, aku simpan. sekarang ni aku just nak beli barang official je lah macam album. sebab bila dah beli banyak sangat merchandise, banyak sangat duit dah guna, lepas tu kita nak beli album, apa yang tinggal, habis ah macam tu


agak ok lah, selama aku simpan hasrat nak beli album sahaja aku rasa macam duit aku semakin banyak lol yelah beli album sometimes 2-4 bulan sekali, kalau merchandise satu kali pergi kedai tu, nak beli, beli, beli, beli, tak guna, simpan. membazir gila. aku bukan lah recommend kan supaya korang semua beli album tapi tengok lah keadaan, beli barang macam album tu pun membazir jugak, aku just bagitahu macam mana nak kurangkan amount pembaziran tu je. kebelakangan ni aku tak pergi pun kedai yang jual merchandise kpop, kat JB ada kedai macam tu, tapi aku langsung tak masuk. aku just suka masuk kat kedai cd je lol. tapi tak lah aku sekali pergi kedai cd, aku beli.


"membazir itu amalan syaiton"


Old | New