twitter home tumblr follow

jadual

Assalamualaikum,





so, aku sesi pagi kan? aku memang suka lah sesi pagi bcs orang kata petang banyak masa. heh, yang banyak masa tu lah aku tak suka. bila banyak masa macam macam ah nak kena buat. tahutak jadual hari Isnin aku macam mana?


7:20-2:40 sekolah. 3:00-5:00 training. 6 lebih pegi rumah kawan pastu pegi tusyen 8:00-9:30 tusyen 10:00 balik

memang best ah jadual aku an, aku memang seriously memang betul betul memang seriously lah penat. hari ni aku skip training, ada migrain. migrain aku pun kejap je tadi. tapi tak larat ah, training pepetang, kalau pepagi macam tahun lepas tu aku ada lah semangat sikit, ni petang beb. panas lak tu -.-  ni aku tengah ngantuk ni, tapi pikir pasal ngantuk, aku ada homework nak kena buat :) bestnya ada homework suka suka :D


haiihh kenapa pelajar tak diber gaji? maksud aku eh kau ingat semua orang dalam dunia ni nak ke pergi sekolah? semua kerana terpaksa tau. aku envy ngan mak saleh. diorang dari kecik just belajar apa yang diorang bebetul minat. katakan lah masa besar nak jadi ahli muzik ke apa, so dari kecik diorang dah belajar main instrument. tu yang aku jeles tahap babeng tu. so kita macam terpaksa ah gi sekolah hmm kena datang pada tepat masanya, kena ikut peraturan, bila tak siap kerja kena marah, balik pun kena ikut masa, tak ke macam kerja tu =_=


ntahlah aku merepek merapu ntah pape kat sini aku pun tak tahu apa yang aku nak cakap kan ni. dah ngantuk ~.~ klah nak siapkan homework pastu tidur kot pastu blablabla tidur. alarm aku lagu Catch me tau -.- masa tengah tidur tetibe "CATCH ME NAAAAAAOOOOOOOO HOOOOOAAAAAHHHHH~!!" memang ah, aku ingatkan lagu tu dalam mimpi lol. aku perasan kan, kalau alarm aku lagu kuat, pagi tu aku akan ngantuk, tapi kalau alarm aku lagu slow, aku kurang ngantuk lol. sometimes aku rasa macam masa kita tidur tu, masa jalan dengan pantas eh lol ntahlah, bila aku bangun kan aku macam "kejap nya aku tidur" rasa macam baru pejam mata pastu celik, dah bangun. aku ni mandi air panas pun lepas keluar bilik air menggigil lol.





Old | New