twitter home tumblr follow

pressure

Assalamualaikum





so ni dah hari kedua sekolah an, haisshh hari kedua sekolah pressure dah datang ah. bukan sebab apa, tapi baru je sekolah cikgu dah start cakap PMR, PMR PMR PMR, macam nama aku ni pmr pulak, macam panggil pmr pmr pmr. aku tak kesah ah kalau cikgu bagi kata kata untuk motivate diri aku ke apa ((well ada lah yang ada)) tapi ada yang macam "masa form one, belajar subject form one je, tak dapat 8A, form two, masuk exam form one form 2 pun tak dapat 8A, lagi lagi lah form 3" kata kata macam ni membuatkan semangat aku hilang. tahun lepas masa tlist aku bagitahu diorang dapat straight As untuk pmr aku rasa macam tak sabar pulak nak pmr, nak buat betul betul masa form 3


tapi semangat ni kejap je. tadi ah pressure nya ni.. sejarah and mathematics. aku memang benci sejarah, sangat tak suka, memang tak suka ah, sejak form 1, kawan aku pun semua tahu aku tak suka sejarah from form 1, maths, aku suka masa darjah 6, pastu naik form 1 je pegh. tadi aku ada Agama, kelas kitaorang lain au, aku masuk kelas aku je, cikgu dah ajar maths, ada yang aku tertinggal tu yang problem nya, Ya Allah frust gila aku, pastu cikgu dah bagi homework an, belambak lak tu, esok dah kena siapkan


kita pmr bulan 10 kan? asal aku rasa macam bulan 10 tu lagi berapa hari je..masa ni cepat sangat eh? tadi kawan aku ajak keluar esok, ok lah, dapat buang segala pressure aku ni, pastu dalam masa terdekat tu cikgu ada cakap "kawan yang baik ajak kita belajar" something like that ah, kitaorang pandang kawan aku tu pastu macam "ni ajak gi keluar" -.- ok, btw aku nak tusyen, aku rasa aku tak boleh nak berharap dengan sekolah sahaja, cannot cannot. aku pun tak tahu nak start bila. minggu depan maybe? sebab minggu ni tak ready lagi ah


ada budak lagi rajin, masa cuti sekolah berulan tu pergi tusyen. sometimes aku tertanya mana nak dapat perasaan rajin tu? rajin akan belajar? perasaan tu memang ada kat aku /sometimes/ tapi kejap je, aku tak tahu ah, aku lagi sanggup tengok muka psy daripada buku, lagi lagi buku sejarah.. ahhh btw kebelakangan ni mak aku dah semakin best lol,

ibu: adik kelas sekolah agama ada berapa orang?
adik: tak ramai lah, tak tahu berapa
ibu: esok pegilah kira
adik: nak kira buat apa, ntah lah, tak sampai 20 kot
ibu: kalau macam tu adik senang ah nak dapat no.1
adik: cikgu cakap kalau budak yang fail pastu masuk darjah 4 sikit sangat, cikgu suruh naik terus darjah lima
ibu: kalau macam tu adik boleh lah naik tahun 6 kan?
adik: mana boleh, sebab tahun 5 dah ram-
ibu: eh bising ah kau dik


heh mak aku =_= aahh aku nak makan pastu aku nak buat homework, pastu aku buat lah apa apa lol, pastu aku nak mandi pasti makan pastu online kejap, buat jadual blablabla tidur, benci ah i -.- ada ek? nak dapat 8A, tapi p e m a l a s gila gila heh


"there is no shortcut in life" - Kyuhyun

Old | New